Sunday, January 26, 2014

Kenduri Kahwin di Jalan Ipoh dan Kejadian Mengerikan di Genting Highland



Kami berkumpul di Balai Bomba Jelatek sebagai RV Point (Rendezvous) pada jam 8.00malam sementara menanti kehadiran dari peserta-peserta yang lain yang masih lagi mencukupkan orang-orangnya di Ampang. Katanya nak gerak jam 8.30malam.
Abg pengantin dah sibuk-sibuk menguruskan pengantin dan para rombongan yang menaiki bas dan juga kereta. Setelah menunggu beberapa minit kemudian terdengar deruman enjin Scramble yang banyak, ternyata mereka adalah dari Group KKG Ampang. Inilah masalah Rider...hehehehe...kira2 hampir-hampir lebih kurang  40 orang yang mengikuti konvoi ini.

Jam 8.45malam kami bergerak ke jalan Ipoh melalui MRR2 yang begitu sesak dengan kenderaan kiri dan kanan, kami mengambil jalan sebelah kiri sekali dan membuat 2 barisan. dengan kelajuan maximum 60km/j abg pengantin menjadi lead marshall. Kami berhenti di Stesen Minyak Petron kerana ada sebahagian yang tak sempat mengisi minyak tadi sambil menunggu peserta konvoi.

Setelah mengisi minyak kami sambung semula perjalanan kami, setelah meredah kenderaan, akhirnya kami tiba di Lokasi, Enjin mula memekak braaappp!!!! brapp!!! Brappp!!! Orang ramai mulai exited dengan kehadiran kami, tak lupa juga awek-awek dikawasan itu turut juga exited, konvoi kami memang mereka nanti-nantikan....kami parking di tempat yang disediakan secara tersusun.... Setlah itu kami semua dijemput makan. Setelah makan kami semua keletihan termasuk aku yang mengerjakan motor aku dari pagi hingga jam 6.00petang tadi. Lepak gilerrrr!!!! Aku tengok petoq...sahabat aku jugak keletihan bersama-samanya Husna Alysa (bukan nama sebenar) seorang gadis yang bertubuh kurus.....mereka ini sepasang kekasih yang minat dalam sukan pemotoran.

Aduhhhh......lepas makan pastinya ingin merokok, alamak aku dah kehabisan rokok pulak, aku nak pergi beli rokok SEMPORNA "A" hijau, Tiba-tiba....kelihatan mamat Cina ni mengeluarkan besi panjang dari Lorinya sambil menjerit-jerit ke arah cashier Petronas yang berdekatan dengan tempat pengantin tadi....Aku pon melihat apakah kes sebenarnya....Aku melihat Shafiq KDD...ni bakal Artis ni.....hehehe....maharaja lawak 2014, pergi kearah cina tadi, aku menyusurinya sambil slamber membeli rokok....Rupanya Cina tadi nak beli diesel tapi takde....cakap makcik Indon yang kerja sebagai cashier Petronas tadi....lalu segerombolan bebudak scram mulai mengerumuni cina tadi .....Cuak juga cina tadi lalu blah dengan segera menaiki lori 1 tan berwarna merah....kami melihat makcik tadi menangis di dalam petronas .....sambil explain apa yang terjadi.....

Setelah kejadian disitu kami pon beredah semula ke tapak perkahwinan sambil minum air oren yang disediakan.... aku mula duduk diatas lantai sambil berborak dengan member-member semua, ada pulak yang becerita kisahnya macam mana nk buat dalam Maharaja lawak nanti, ada juga yang bercerita tentang motor, spare part, ada juga yang cerita yang nak pergi Fraser Hill Esok,...ada juga yang nak naik Genting malam ni!!! Hah!!!! nak naik Genting!!!!

Selepas sesi bergambar dengan pengantin yang berkawin tadi, kami pon berangkat ke destinasi yang seterusnya....GENTING!!! semua mengorak langkah menuju ke Genting pada malam tersebut.... kesemua motorsikal mula mengeluarkan bunyi yang memekak -mekak menandakan  kepulangan kami semua.






































0 comments:

Post a Comment